Pada 28 November 2024, Malaysia mengalami banjir yang melanda sembilan negeri, dengan Kelantan, Terengganu dan Kedah antara yang paling teruk terjejas.
Sehingga kini: 30 November 2024 (Sumber Info Bencana JKM)
Jumlah Mangsa Banjir: 143,229 individu
Jumlah Keluarga Terlantar: 43,044 keluarga
Bulan Sabit Merah Malaysia secara aktif telah menjalankan operasi bantuan dengan menggerakkan sumber dan sukarelawan untuk memberikan bantuan kepada mereka yang memerlukan. Kami memerlukan bantuan segera untuk memperkukuhkan usaha, menyediakan bantuan menyelamatkan nyawa, dan menyokong komuniti yang terjejas. Sokongan anda amat penting untuk memulihkan harapan serta membantu membina semula kehidupan mereka dalam situasi krisis ini. Kami turut memperincikan pelan tindak balas segera, keperluan sumber, dan peranan penting anda dalam memulihkan kehidupan dan mata pencarian mereka yang terjejas. Ayuh bersama membawa perubahan yang bermakna dan memulihkan harapan kepada mereka yang dilanda bencana.
Ingin membantu dilapangan? Klik link ini untuk mendaftar sebagai sukarelawan.
Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) telah merangka pelan tindak balas yang terperinci untuk memenuhi keperluan mendesak komuniti yang terjejas akibat banjir yang sedang berlaku. Pelan ini memastikan tindakan yang pantas dan berkesan dengan memberi keutamaan kepada bantuan segera, penilaian situasi di lapangan, serta persediaan untuk pemulihan jangka panjang.
Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) berada di barisan hadapan dalam menangani kesan buruk banjir yang sedang melanda, menyediakan bantuan penting dan sokongan kepada ribuan individu serta keluarga yang terjejas di seluruh Malaysia.
Liputan Media :
We extend our deepest gratitude to the incredible corporations that have stepped up to support the Malaysian Red Crescent's flood relief mission. Their generous contributions of funds, essential supplies, and unwavering commitment have enabled us to bring vital aid to affected communities.
©2024 Malaysian Red Crescent
The Malaysian Red Crescent Society, legally established organization under various Acts of Parliament, including the Federation of Malaya Incorporation) Act 1962, the Malaysian Red Cross Society (Incorporation) Act 1965, the Change of Name Act 1975, and revised Act 540 in 1995. Its structure is based on the 1949 Geneva Conventions, to which Malaysia is committed.