Bantuan Kecemasan Banjir Pantai Timur
Setakat 30 November 2024, mangsa di sembilan negeri dilaporkan telah mencecah 123,000 orang. Bulan Sabit Merah Malaysia telah mengaktifkan pelan kecemasan dan telah mengerahkan seluruh sukarelawan untuk turun ke lapangan bagi membantu kerja-kerja pemindahan mangsa ke pusat pemindahan sementara (PPS) dengan menggunakan aset-aset BSMM seperti bot dan pacuan empat roda (4WD) yang telah ditempatkan di lokasi berisiko tinggi sebelum bencana. Sumbangan orang ramai amat diperlukan pada ketika ini bagi kerja-kerja semasa banjir dan pasca banjir. Hulurkan sumbangan anda ke Tabung Kecemasan Banjir BSMM 2024!