Sumbangan cek replika bernilai RM500,000 daripada Mr Dilip Kadambi, Ketua Pegawai Kewangan IHH Healthcare (kanan) , Erica Lam, Ketua Pegawai Eksekutif Serantau IHH Healthcare (kiri) kepada YTM Tunku Puteri Intan Safinaz, Pengerusi BSMM (tengah)

Kuala Lumpur, 30 Disember 2024 – Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada IHH Healthcare atas sumbangan mereka bernilai RM500,000 yang akan menyokong inisiatif bantuan wang tunai yang dilancarkan BSMM untuk meringankan beban mangsa banjir.

Setakat ini BSMM menyasarkan 3000 keluarga di 3 buah negeri yang terlibat banjir iaitu Kedah, Kelantan dan Terengganu dengan nilai bantuan sebanyak RM650 bagi sebuah keluarga.

Inisiatif ini diadakan setelah kumpulan penilaian BSMM turun ke lapangan ketika banjir, bagi melihat kerosakan dan keperluan untuk memulakan semula kehidupan mangsa banjir bagi pembelian perkakasan rumah, keperluan anak sekolah dan pembaikan kerosakan.

“Mangsa banjir sering menghadapi beban kewangan yang ketara sehingga ada yang perlu berhutang untuk membeli perkakasan rumah. Bantuan tunai ini akan mengurangkan beban mereka untuk membeli keperluan khusus. Walaupun banyak syarikat korporat menyediakan sumbangan berbentuk barangan, bantuan kewangan juga sangat penting dalam menangani keperluan segera.”

Sukarelawan BSMM Kelantan membuat penilaian kepada mangsa banjir di Kg Simpangan, Tumpat, Kelantan

BSMM menyeru syarikat korporat dan orang perseorangan untuk berganding bahu dalam memenuhi keperluan mendesak ini. Bantuan boleh disalurkan melalui laman sesawang BSMM di www.redcrescent.org.my

Haji Hakim Bin Haji Hamzah, K.M.N, A.M.W
Setiausaha Agung