Kuala Lumpur – 16 November 2024, Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) telah mengadakan pemilihan Jawatankuasa BSMM Peringkat Belia Kebangsaan bagi sesi 2024-2027 yang berlangsung di Dewan Perdana, Ibu Pejabat BSMM hari ini. Sesi ini menjadi platform utama untuk memilih pemimpin belia yang akan memacu gerakan kemanusiaan dalam kalangan generasi muda bagi tempoh tiga tahun akan datang.

Majlis dimulakan dengan ucapan aluan daripada Setiausaha Agung, Tn Hj Hakim Hamzah, yang menekankan peranan belia dalam meneruskan legasi BSMM sebagai organisasi kemanusiaan terulung di Malaysia. Sesi ini turut dihadiri dengan kehadiran perwakilan daripada jawatankuasa pelbagai negeri serta pemerhati.

Proses pemilihan melibatkan wakil-wakil belia dari seluruh negara, di mana mereka telah melalui sesi pencalonan dan pengundian secara demokrasi. Sebanyak 10 jawatan tertinggi dipertandingkan di Majlis Belia Kebangsaan BSMM bagi sesi 2024-2027, termasuk Pengerusi, Timbalan Pengerusi, Setiausaha, Bendahari, dan 6 Ahli Jawatankuasa.

KEPUTUSAN PEMILIHAN

Keputusan rasmi telah diumumkan pada akhir sesi dengan Norsyarmimi Che Lah, dipilih sebagai Pengerusi Majlis Belia Kebangsaan BSMM Sesi 2025-2027 yang baharu menggantikan Michelle Chew Shi Jie. Timbalan Pengerusi pula disandang oleh Chong Cheng Yang , manakala Elaine Tan Hwa Yoke dan Muhammad Ayisy Baharudin masing-masing dipilih sebagai Setiausaha dan Bendahari Majlis Belia Kebangsaan BSMM Sesi 2025-2027.

Ahli Jawatankuasa yang dipilih ialah :

  1. Jeshvini a/p Segar
  2. Koh Yui Xien
  3. Teh Jhen Yang Wilfred
  4. Wong Chung Lok
  5. Chia Tian Xin
  6. Nicnelson Ling How Eng

Dengan pembentukan jawatankuasa Majlis Belia Kebangsaan BSMM bagi sesi 2024-2027 yang baharu, BSMM terus optimis bahawa Visi dan Misi organisasi dapat diteruskan dengan lebih cemerlang serta mengangkat suara anak muda ke peringkat yang lebih tinggi. Bulan Sabit Merah Malaysia terus komited dalam membimbing belia Malaysia untuk menjadi pemimpin masa depan yang berdaya tahan, inovatif, dan berjiwa kemanusiaan.