BERMULA awal tahun lalu, wanita berusia 53 tahun itu mengambil keputusan berhenti kerja untuk menjaga neneknya, Yah Kawi yang sedang uzur akibat sakit tua. Noriaini Mohd. Ramli memilih untuk menjaga warga emas berusia 95 tahun itu sebagai memenuhi amanat ibu bapa Noriaini yang sudah meninggal dunia. Rutin harian bekas pekerja hotel itu bersama seorang lagi sepupunya adalah menyediakan makan, memandikan, memberi ubat serta menemani nenek mereka yang terlantar di atas katil. Sejak berlakunya peningkatan kes Covid-19 di negara ini pada…