BENGKEL MENGKAJI MATA PELAJARAN PENDIDIKAN PALANG MERAH/BULAN SABIT MERAH DAN UNDANG-UNDANG KEMANUSIAAN ANTARABANGSASubmitted by administrator on 29 July 2008 - 1:31pm.
Satu bengkel untuk mengkaji Sukatan Pelajaran Pendidikan Palang Merah, Bulan Sabit Merah dan Undang-undang Kemanusiaan Antarabangsa bagi peringkat sekolah rendah, menengah dan PBS dan untuk Guru sekolah telah diadakan pada 25 hingga 27 Julai bertempat di Bilik Pahang , Pine Resort, Bukit Fraser. Seramai 18 orang peserta dari Cawangan Selangor (2 Orang) Cawangan Negeri Sembilan (2 Orang) Bahagian Pendikan Guru Kementerian Pelajaran (2 orang Pensyarah), Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (1 orang), Ibu Pejabat Kebangsaan (3 orang Pegawai & Pengurus) dan Anggota Urusetia termasuk Staf Sokongan (Senarai nama-nama di bawah) telah mengambil bahagian dan menjayakan Bengkel ini. Bengkel telah dipengerusikan oleh Kol Ahmad Shaharbi Shaari (B) merangkap Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Latihan Kebangsaan. Bengkel tersebut telah membincang Sukatan Pelajaran yang dibentang dan telah membahaskan dengan panjang lebar dan telah merumuskan agar cadangan awal disusun semula mengikut cadangan baru kepada sukatan berikut:
Cadangan baru yang disyorkan ialah Sukatan Pelajaran Pendidikan Palang Merah Bulan Sabit Merah dan Undang-undang Kemanusiaan Antarabangsa untuk Guru Sekolah Menengah. Laporan terperinci cadangan dan pindaan kepada mata pelajaran yang digubal akan diedarkan kepada semua selepas beberapa orang peserta dan ahli panel membuat penulisan kertas yang terakhir. Kertas cadangan ini juga akan dimajukan kepada Pengerusi Jawatankuasa Latihan Kebangsaan dan kemudian kepada Jawatankuasa Eksekutif Kebangsaan untuk disahkan dan akhir sekali akan dibukukan. Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada panel yang telah dapat meruangkan masa kepada bengkel ini dan beliau akan memanggil beberapa ahli panel pada satu tarikh yang akan diberitahu bagi penyelarasan dan penulisan akhir. Pengerusi telah menangguhkan bengkel ini pada jam 11.50 pagi, Ahad 27 Julai 2008. Ahli Panel / Facilitators Peserta Urusetia & Staf Sokongan |