KENYATAAN TAWARAN
Syarikat-syarikat yang berpengalaman adalah dipelawa untuk menyertai Tender seperti berikut:
Menyiap dan Membekal Peti Pertolongan Cemas Bulan Sabit Merah Malaysia
Dokumen Tender berharga RM 50.00 seunit, boleh dibeli di Bahagian Institut Latihan, Ibu Pejabat Kebangsaan, Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia, No 32, Jalan Nipah Off Jalan Ampang 55000 Kuala Lumpur. Bayaran tidak akan dikembalikan.
Borang Tawaran yang telah lengkap diisi hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat bermetri dan dimasukkan ke dalam Peti Tender No. 1, di alamat seperti di atas tidak lewat daripada 31.12.2009 (Khamis) sebelum jam 12.00 tengahari.
Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (PBSMM) tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang kos berhubung dengan tawaran ini dan tidak terikat untuk menerima tawaran yang terendah atau sebarang tawaran.
