PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT BSMM BERSAMA PETRONASSubmitted by administrator on 11 November 2008 - 11:11am.
Pada 8 November 2008, satu program di bawah anjuran Perkhidmatan Masyarakat Kebangsaan BSMM dengan kerjasama PETRONAS telah diadakan di Kg. Peta, Mersing, Johor. ‘PETRONAS Adventure Team’ bersama-sama dengan staf seramai 30 orang daripada pelbagai Jabatan telah hadir untuk menjalankan program kemasyarakatan bersama penduduk-penduduk Kg. Peta. Di antara program yang telah di jalankan adalah seperti berikut: 1) Menyediakan makanan untuk seramai 100 orang kanak-kanak Bulan Sabit Merah Malaysia telah dibantu oleh sukarelawan seramai 5 orang daripada Cabang Kluang dan Cabang Johor Bahru bagi tujuan program ’masak kelompok’. Program tersebut telah bermula pada jam 10.00 pagi dan berakhir pada jam 12.00 tengahari. |