TEMU KARYA RELAWAN PMI NASIONAL IV 2008

Submitted by administrator on 10 November 2008 - 3:09pm.
banten.JPG

Lebih dari 62 tahun Palang Merah Indonesia telah banyak menyumbangkan tenaga untuk mengukuhkan kekuatan pembangunan dan perkhidmatan sosial di PMI. Seramai 100,000 ahli sukarelawan dari seluruh Daerah di Indonesia telah mendaftar menjadi ahli PMI. Bagi mempertingkatkan kualiti kerja-kerja kemanusiaan PMI telah meneruskan system Pengurusan Sukarelawan seperti sistem pengambilan ahli baru, latihan, sistem penganugerahan untuk mengukuhkan lagi semangat kesukarelaan bagi membangunkan organisasi.

Perhimpunan ini adalah salah satu pengurusan kesukarelawan dan kekuatan pembangunan untuk menghimpunkan ahli-ahli sukarelawan Palang Merah Indonesia (PMI) dari berbeza keperluan, kebudayaan dan latar belakang pendidikan untuk sama-sama berkongsi pengetahuan, memantau, menilai kepimpinan dan proses pengurusan Sukarelawan dan juga membentuk satu contoh dan kesinambungan aktiviti-aktiviti kesukarelaan.

Perhimpunan yang diadakan setiap empat tahun sekali merupakan satu unsur penting didalam menentukan ketahanan hidup di tahap awal untuk menghadapi bencana, bagi menguatkan daya tahan diri dan menjaga mertabat manusia sejagat.

Seluruh PMI dari Daerah-daerah di Indonesia yang kesemuanya seramai 34 daerah telah mengambil bahagian termasuk perwakilan dari luar Negara iaitu Bangladesh (6), China (5), Denmark (2), Hong Kong (4), Malaysia (15) dan Netherland (4) keseluruhannya seramai 36 orang turut mengambill bahagian.

Perhimpunan tersebut telah diadakan pada 29 Oktober hingga 6 November 2008 bertempat di Matahari Caritaria Beach, Pandenglang District, Banten Province, Indonesia. Seramai lebih kurang 1,500 ahli Sukarelawan PMI terdiri dari Korps Sukarela dan Tenaga Sukarela seluruh Indonesia serta Ahli Lembaga, setaf dan Ketua-Ketua Bahagian telah memberi kerjasama yang baik di dalan perhimpunan tersebut.

 OBJEKTIF

  • Mempertingkatkan Pengurusan Sukarelawan dan Skill Kepimpinan untuk menyokong kemampuan pembangunan dan perkhidmatan PMI
  • Meningkatkan penglibatan sukarelawan dalam proses pengambilan dan kepimpinan PMI bagi meningkatkan minat sukarelawan untuk mengambil bahagian dalam membuat keputusan dan proses kepimpinan.

  • Meningkatkan pengetahuan, perlaksanaan dan melaksanakan penilaian perkhidmatan PMI
  • Membina Rangkaian Kerja (Networking dan kerjasama untuk meneruskan program tersebut.
  • Mengadakan persefahaman diantara Ahli Lembaga, setaf dan sukarelawan dalam pengurusan dan proses kemajuan Sukarelawan.

TEMA


Tema perhimpunan Sukarelawan Nasional Ke-IV ialah Bersama Demi Kemanusiaan (”Together for Humanity”).

MAJLIS PEMBUKAAN PERASMIAN

Majlis Pembukaan Perasmian Temu Karya Nasioanl PMI ke IV ini telah dirasmikan oleh Gavenor Banten Hajjah Ratu Atut Chosiyah Saat di Pantai Matahari Caritaria Pandenglang District, Banten Province, Indonesia pada 30 Oktober 2008 jam 11.00 pagi. Acara tersebut telah dihadiri ribuan sukarelawan dari 34 provinsi di seluruh Indonesia dan 36 orang dari delegasi luar negara. Turut serta dalam majlis perasmian tersebut ialah Menteri Sosial (Mensos) Bachtiar Chamsyah dan pembesar-pembesar Daerah Banten.

Persembahan Kebudayaan dari 34 daerah turut diadakan. Indonesia, terkenal dengan kebudayaan dan setiap persembahan yang dipersembahkan amat mengkagumkan.

MAJLIS PERASMIAN PENUTUP
 Perwakilan Antarabangsa yang tidak mengikuti majlis penutup ialah China, Hong Kong, Netherland dan juga Malaysia kerana tarikh penerbangan jatuh pada 6 November 2008 waktu pagi sedangkan majlis penutupnya diadakan pada waktu tengahari.